Tempoh kelulusan pergerakan kepada individu bekerja sendiri dilanjut hingga 7 Julai
Bernama
Jun 29, 2021 18:32 MYT
Jun 29, 2021 18:32 MYT
KUALA LUMPUR: Tempoh kelulusan pergerakan secara one-off yang diberikan kepada pekerja sendiri yang tamat semalam, dilanjutkan hingga 7 Julai ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata sebelum ini, polis memberikan kelulusan pergerakan secara one-off kepada pekerja sendiri seperti tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Bagi pergerakan selepas 7 Julai di bawah fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan baharu.
"Kelulusan pergerakan ini akan diberikan untuk tempoh 14 hari dan perlu memohon semula apabila tamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#Ketua Polis Negara
#pergerakan secara one-off
#tukang paip
#penyelenggara
#penjaja tepi jalan
#tiada majikan
#Pelan Pemulihan Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani