Tempat makan bukan tempat merokok, larangan tetap diteruskan
Diyana Ibrahim
November 14, 2018 15:45 MYT
November 14, 2018 15:45 MYT
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tetap bertegas dengan keputusan menguatkuasa larangan merokok di tempat awam.
Menurutnya keputusan kerajaan itu mengambil kira kepentingan orang ramai secara keseluruhan terutama kepada kanak-kanak dan wanita.
“Tempat makan adalah tempat makan bukan tempat merokok.
“Itu bukan urusan kami, tapi urusan kami adalah memastikan tempat makan dan tempat awam selamat kepada anak-anak kecil, warga emas dan wanita.
“Jadi perkara itu sudah muktamad dan saya tidak akan berkompromi sebaliknya bertegas dalam hal ini," katanya kepada media di lobi Parlimen.
Arahan penguatkuasa larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
Arahan tersebut dibantah oleh tiga persatuan pengusaha restoran di negara ini.
Tiga persatuan yang mewakli lebih 20,000 pengusaha telah mengadakan demostrasi aman pada minggu lalu.
Mereka mendakwa larangan kerajaan mengetepikan hak mereka sebagai pemilik perniagaan untuk membuat keputusan.
Bahkan ada pengusaha mendakwa larangan tersebut akan menjejaskan perniagaan mereka.
#dr zulkefly ahmad
#gaya hidup
#Kementerian Kesihatan
#larangan merokok
#merokok di tempat awam
#tabiat merokok
#tempat awam