Tempahan vaksin AstraZeneca ditutup selepas sejam, ramai luah kekecewaan

Astro Awani
Mei 26, 2021 14:10 MYT
Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca ditutup selepas satu jam ia dibuka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca ditutup selepas satu jam ia dibuka.
Perkara itu dimaklumkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter mereka.
"Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
"Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok," memetik kenyataan itu.

Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup. Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat. Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok. pic.twitter.com/5pvGxXb9Iz

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, disebalik pendaftaran itu, terdapat mereka yang turut meluahkan kekecewaan kerana mengalami beberapa masalah teknikal seperti gagal memilih negeri, pusat pemberian vaksin (PPV) dan tarikh temu janji.

The API server was down. I was constantly getting this and similar "rate-limit" "service unavailable" error on the API URL continuously pic.twitter.com/PoDDjbYeMz

— Syed Rakib Al Hasan (@syedrakib) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Asssalam @JKJAVMY next time tolong improve lah, ni tak, isu sama tiap kali nak daftar. Trafik! Kurangkan trafik semasa! Bahagikan masa untuk daftar tiap negeri lain lain lah untuk kurangkan trafik. Please lah. Sia-sia satu jam depan laptop apa pun tak dapat.

— kema (@akmrmory) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Click negeri pun tak lepas2 pic.twitter.com/T38sqRycH1

— (@dyannashahh) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi kejayaan mereka menempah slot vaksin terbabit, walaupun terpaksa melalui beberapa kesukaran.

Done tapi tak ingat tarikh haha pic.twitter.com/vkNtQthjH4

— Unker Arep (@RajaAriff) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

even system dia macam ufuture sebab crash je manjang, tapi aku berjaya daftar pic.twitter.com/FmjtsbkSRp

— Fayieenn (@ArisDoterrrr) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Donee pic.twitter.com/lf7ZhxzWVX

— misha (@mishazwaa) May 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan sejuta dos dibuka untuk tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca.
Ia melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor.
Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun.
Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca.
Vaksin AstraZeneca | Apa sudah jadi dengan pendaftaran
#Khairy Jamaluddin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #Pusat Pemberian Vaksin #AstraZeneca #PPV
;