Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka kepada individu bawah 60 tahun esok - Khairy

Astro Awani
Mei 25, 2021 13:47 MYT
Khairy pada sidang akhbar perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kerajaan akan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca esok (Rabu) bermula jam 12 tengah hari.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
"Keutamaan diberikan kepada warga emas hari ini dan pagi esok," kata Khairy pada sidang akhbar perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini hari ini.

Tempahan vaksin AstraZeneca untuk mereka berusia 60 tahun ke bawah akan dibuka pada 26 Mei, jam 12 tengah hari. pic.twitter.com/xrpMluETQ7

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) May 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, jumlah pendaftaran vaksin kini telah mencecah hampir 45 peratus melibatkan pendaftaran sebanyak 10,850,160 individu.
Khairy berkata, angka itu membuktikan kadar vaksinasi negara telah mula mencatatkan peningkatan.
“Kadar vaksinasi negara telah mula mencecah 75,000 dos sehari dengan rekod tertinggi setakat ini pada 24 Mei iaitu sebanyak 95,000 dos sehari.
“Kita jangkakan kadar ini akan meningkat untuk kita capai sasaran pada bulan Jun iaitu 150,000 dos sehari,” tambahnya.
[TERKINI] Sidang media Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) | 25 Mei 2021
Mereka yang berminat boleh mula membuat tempahan di www.vaksincovid.gov.my.
#COVID-19 #Khairy Jamaluddin #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #warga emas #AstraZeneca #Dr Adham Baba #PICK
;