Tempahan vaksin AstraZeneca dibuka adalah palsu - JKJAV

Bernama
Mei 16, 2021 01:09 MYT
Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut JKJAV. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tempahan untuk vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada semua orang di Malaysia seperti tular di laman media sosial adalah palsu, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Jawatankuasa itu dalam kenyataan malam ini memaklumkan pautan https://www.vaksincovid.gov.my/en/register yang ditularkan itu hanyalah untuk pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan bukan untuk vaksin AstraZeneca.
Justeru, jawatankuasa itu menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej palsu tersebut dan hanya mendapatkan maklumat sahih menerusi laman web atau media sosial mereka di Facebook, Instagram atau akaun @JKJAVMY untuk Twitter.
-- BERNAMA
#tempahan vaksin #AstraZeneca #palsu #media sosial #JKJAV #Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 #vaksin #COVID-19 #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
;