Temerloh bandar mati?

Nursyazwani Saiful Sham
Ogos 1, 2018 12:22 MYT
Ada yang mengatakan, bandar Temerloh hanya bernyawa pada waktu tertentu sahaja seperti pada hujung minggu dan cuti umum. - Astro AWANI / SITI NURSYAZWANI
Sebut sahaja Temerloh di Pahang, pasti perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah 'Bandar Ikan Patin'.
Bandar Temerloh terletak di tengah-tengah negeri Pahang, iaitu di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang.
Bagaimanapun, ada apa sebenarnya di bandar yang diberi pengiktirafan sebagai Bandar Titik Tengah Semenanjung ini?
Ada cakap-cakap yang mengatakan bandar ini hanya ‘bernyawa’ pada waktu tertentu sahaja, seperti pada hujung minggu dan cuti umum.
Pada hari biasa pula, bandar ini dikatakan hanya ‘dihidupkan’ dengan kehidupan penduduk tempatan yang melakukan kerja-kerja seharian.

Temerloh bandar mati? Kami @501Awani akan berkampung di sini bermula hari ini untuk merungkai perkara ini. Ikuti thread kat bawah untuk tahu cerita kami di sini sepanjang lima hari. Orang Temerloh nak share cerita pun dialu-alukan! pic.twitter.com/DbQ5UKqfS1

— Syaz AWANI (@ssnsyzwani) August 1, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang warga tempatan yang kami temui menyatakan bandar Temerloh ini hanya satu pusat transit yang menghubungkan orang luar, mahupun orang tempatan, ke bandar-bandar lain di negeri ini.
Dengan populasi seramai 165,451 orang seperti yang tercatat dalam bancian penduduk pada 2010, pasti setiap daripada mereka ada kisah tersendiri yang ingin dikongsikan.
Astro AWANI akan membawakan cerita-cerita menarik di Temerloh.
#bandar mati #bernyawa #pusat transit #temerloh #titik tengah
;