TEMCO di dua kampung bermula 10 Ogos hingga 31 Ogos

Astro Awani
Ogos 10, 2020 15:32 MYT
'STAY at HOME'...Bashah Saad, 74, melihat laluan di depan rumahnya yang ditutup kepada kenderaan ketika tinjauan penduduk di sekitar kampung Kuala Sanglang hari ini berikutan TEMCO. - Foto BERNAMA
Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2020.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.
"Pelaksanaan TEMCO akan mengguna pakai SOP sedia ada dengan tambahan sekatan jalan raya di setiap laluan keluar masuk dan beberapa ‘cut off’ jalan raya.
"Pergerakan keluar masuk oleh penduduk setempat atau penduduk dari luar kawasan TEMCO adalah dilarang," katanya sidang media di bangunan parlimen di sini pada Isnin.
Tambahnya, premis perniagaan di bawah perkhidmatan essential dibenarkan
beroperasi di dalam kawasan TEMCO dan masa operasi dihadkan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang.
"Pergerakan di dalam kawasan TEMCO adalah dibenarkan. Bekalan makanan dibenarkan dibawa masuk ke kedai runcit yang berada di dalam kawasan TEMCO. Semua pejabat Kerajaan dan sekolah yang terletak di dalam kawasan TEMCO ditutup," ujarnya.
#ismail sabri yaakob #kerajaan #Kuala Lumpur #Media #menteri #operasi #Parlimen #PKPD #rumah #sekolah #SOP
;