Tembok MCKIP akan diruntuhkan

Sinar Harian
September 5, 2018 09:16 MYT
Kian Ming (empat, kanan) selepas mesyuarat dan taklimat rombongan Miti melawat MCKIP, petang tadi. -Foto Sinar Harian
Tembok Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) akan diruntuhkan daripada tiga meter kepada 1.8 meter sahaja.
Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata ia melibatkan binaan konkrit yang akan dikekalkan manakala sebahagian lagi dibina pagar jenis lut sinar.
"Rundingan bersama pihak MCKIP bersabit isu tembok itu mendapat kata sepakat untuk meruntuhkan sebahagian daripada binaan tembok sepanjang 9.2 kilometer di tanah seluas 710 ekar itu.
"Persetujuan ini menunjukkan sifat terbuka dan kerjasama baik daripada MCKIP selepas isu tembok konkrit setinggi tiga meter itu, menjadi salah faham rakyat di negara ini,” katanya pada sidang media di taman tersebut, hari ini.
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri #Kuantan #MCKIP #MITI #Ong Kian Ming #Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan #tembok