Tembakan di kepala: 'Dia anak yang baik, sangat fokus pada kerja'

Sinar Harian
Oktober 24, 2018 17:37 MYT
Menurutnya, mangsa juga sering berkongsi masalah dengan keluarganya dan menghubungi ibunya untuk menceritakan perihal kerja. - Foto Astro AWANI
Dia anak yang baik, sangat fokus pada kerja'
Demikian kata ibu saudara kepada seorang anggota polis yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, di sini pagi tadi.
Ibu saudara yang enggan dikenali itu berkata, mangsa yang merupakan anak kedua daripada lima beradik mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga lain.
Menurutnya, mangsa juga sering berkongsi masalah dengan keluarganya dan menghubungi ibunya untuk menceritakan perihal kerja.
BACA: Polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala
"Dua hari sekali dia mesti telefon ibunya untuk bertanya khabar, kali terakhir mereka berhubung semalam, dia bercakap seperti biasa, tidak pula mengadu apa-apa masalah kerja atau sebagainya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), hari ini.
Beliau berkata, sejak kecil, mangsa memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis.
#Hospital #Ipoh #keluarga #mangsa #mati #polis #tembakan #tertembak
;