Teman lelaki selamatkan kekasih cuba bunuh diri
Azizul Azwa
Februari 2, 2017 19:46 MYT
Februari 2, 2017 19:46 MYT
Hasrat untuk membunuh diri oleh seorang wanita berumur 48 tahun berjaya dihalang apabila dia berjaya dipujuk oleh teman lelakinya dari terjun dari di tingkat 19 sebuah kondominium di ibu negara petang tadi.
Detik cemas itu berlaku di di Pertama Residency, Taman Kobena, di sini sekitar, jam 3.37 petang tadi.
Sejurus menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dan Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menghulurkan bantuan.
Pihak bomba sebelum itu menggunakan kaedah memujuk wanita tersebut supaya tidak membunuh diri.
Anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan persediaan dan penyelamatan tali di atas bangunan dan ‘air cushion’ di bawah bangunan sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum teman lelakinya berjaya memujuk dan menyelamatkan wanita terbabit.