Teluk Cempedak lengang
Astro Awani
Januari 8, 2013 10:43 MYT
Januari 8, 2013 10:43 MYT
Tinjauan di pantai peranginan Teluk Cempedak mendapati orang ramai patuh dengan arahan supaya menjauhi aktiviti berhampiran kawasan tersebut.
Keadaan ombak di pantai peranginan itu agak tinggi berbanding biasa dengan cuaca juga mendung.
Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sentiasa mengawal Pantai Cherating, Batu Hitam, Balok, Sepat dan Teluk Cempedak yang menjadi tumpuan pengunjung.
Dalam pada itu pengunjung nyata berasa risau dan mengambil sikap berhati-hati dengan keselamatan diri masing-masing.
Kepada mereka, keselamatan nyawa merupakan keutamaan yang perlu dipentingkan setiap kali bencana melanda.