Teknologi Membran
Astro Awani
Oktober 23, 2012 09:31 MYT
Oktober 23, 2012 09:31 MYT
Membran air dihasilkan daripada beberapa jenis bahan seperti polimer, bahan bukan organik seperti lumina iaitu sejenis alumunimum oksida, silika atau seramik, kaca dan besi.
Komponen penting pada membran ini ialah liang-liang halus yang bersaiz 0.0001 mikron.
Pada tahap saiz sehalus ini, hanya beberapa kategori zarah-zarah yang mampu melepasinya dan inilah sifat penting membran yang dimanfaatkan dalam industri.
Teknologi ini rata-rata digunakan untuk pemprosesan air dari bawah tanah, air di permukaan bumi atau sisa-sisa air.
Antara kebaikan teknologi membran adalah, pemisahan dapat dilakukan secara berterusan dan ia tidak memerlukan bahan tambahan.
Proses ini memerlukan jumlah tenaga yang kecil berbanding teknik alternatif, seperti penyejatan.
Kebanyakan tenaga yang diperlukan digunakan untuk mengepam cecair melalui membran.
Walaubagaimanapun, teknologi ini memerlukan kos yang sangat tinggi dan tidak menjamin kualiti air.
Bahkan, ia juga tidak dapat menambah bekalan air seperti yang diharapkan tetapi teknologi ini dikatakan dapat melahirkan proses alam sekitar yang mampan.