Teknologi air membran tidak praktikal
Astro Awani
Oktober 23, 2012 08:19 MYT
Oktober 23, 2012 08:19 MYT
Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menggunakan teknologi penapis air membran tidak praktikal .
Kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain kos yang tinggi, kaedah tidak membantu mengurangkan masalah bekalan air yang mencengkam Selangor ketika ini.
Menurut beliau, projek yang dicadangkan di 34 loji akan menelan belanja RM3 bilion.
'Saya telah merujuk ini kepada pakar di kementerian dan mereka katakan ini tidak pratikal. dia akan melibatkan kos. dia tak boleh menyebabkan bekalan air akan bertambah. masalah berkaitan adalah soal kualiti air.' katanya.
Beliau mencadangkan jalan penyelesaian terbaik adalah untuk kerajaan negeri memberi kelulusan untuk melaksanakan projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh lebih 2 tahun.
JIka dilaksana ia akan dapat menampung keperluan air di Selangor dan Lembah Kelang.
Beliau pada Isnin melawat tapak penyaluran air mentah Pahang-Selangor di Hulu Langat