Tekanan kepada China?

Ashwad Ismail
Januari 24, 2013 18:50 MYT
Tindakan aktivis dari Taiwan cuba menceroboh kepulauan Diaoyu/Senkaku dilihat sekadar simbolik kepada hak Taipei ke atas pulau berkenaan.
Namun, Taiwan yang sentiasa berseteru dengan pentadbiran Beijing selama ini berpendirian mengiktiraf Jepun sebagai negara yang menguasai kedaulatan pulau itu.
Geo-strategis Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan melihat perkembangan ini memberi tekanan kepada Beijing yang sentiasa agresif menuntut kedaulatan pulau Diaoyu/Senkaku.
#China #Jepun #Taipei #Taiwan
;