Tekan isu kesihatan, peluang latih warga tempatan di forum BRI

Faida Rahim
Mac 28, 2023 23:28 MYT
Perkongsian teknologi hijau juga harus dijadikan sebahagian daripada imej BRI dan bukan sekadar membincangkan hal pembinaan pelabuhan, landasan kereta api dan lebuh raya - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Forum ketiga Inisiatif Jalur dan La­­luan (BRI) perlu menekankan lebih banyak aspek termasuk isu kesihatan dan peluang melatih warga tempatan untuk meneroka lebih banyak peluang pekerjaan.
Timbalan Pengarah Institut Asia Eropah (AEI) Universiti Malaya, Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers menekankan, peluang itu dijangka menjana momentum positif dalam hubungan dua hala China - Malaysia.
“Ini perkara yang sangat penting yang harus diberi perhatian kepada China bahawa BRI kali ini akan membawa win-win situation kepada pihak penerima dan pihak yang menganjurkan iaitu China. Itu pertama.
“Yang kedua bila kita sebut pasal BRI, seringkali kita beranggapan dari segi infrastruktur misalnya pembinaan landasan keretapi, lebuh raya tapi pada pandangan saya BRI ini harus diperluaskan lagi dengan memasukkan isu misalnya kesihatan, perihal silk road yang amat penting terutamanya selepas berlakunya pandemik COVID 19,” katanya dalam program Agenda Awani, pada Selasa.
Selain itu jelasnya, perkongsian teknologi hijau juga harus dijadikan sebahagian daripada imej BRI dan bukan sekadar membincangkan hal pembinaan pelabuhan, landasan kereta api dan lebuh raya namun aspek melatih penduduk tempatan baik dalam sektor pendidikan vokasional.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri 3rd Belt Road Initiative (BRI) Forum di Beijing berkemungkinan pada lewat pada 2023, sementara lawatan rasmi berasingan juga akan di laksanakan pada akhir Mac 2023 ke Beijing, China.
Agenda AWANI: Ke China pula, apa jangkaan?
#China #Beijing #Anwar Ibrahim #Inisiatif Jalur dan La luan BRI
;