TEKAM nafi terlibat pemerdagangan manusia

Astro Awani
Jun 14, 2015 20:11 MYT
TEKAM: Apa yang berlaku ketika ini ialah kelemahan yang terdapat dalam sistem kawalan di sempadan negara terutama di sempadan Malaysia-Thailand. - Gambar Fail
Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia (TEKAM) hari ini menafikan kononnya syarikat di bawah kendaliannya terlibat secara langsung dalam aktiviti pemerdagangan manusia etnik Rohingya di Wang Kelian, Perlis.
Namun apa yang berlaku ketika ini ialah kelemahan yang terdapat dalam sistem kawalan di sempadan negara terutama di sempadan Malaysia-Thailand yang menyebabkan kegiatan pemerdagangan manusia terus berlarutan.
Menurut Timbalan Presiden 1 TEKAM, Ishak Kamarudin, tuduhan itu tidak berasas kerana TEKAM yang mempunyai 146 syarikat pembekal pekerja asing tidak lagi menjalankan operasi membawa masuk pekerja asing sejak 2012.
#pemerdagangan #Rohingya #TEKAM #Wang Kelian
;