Tegas menentang kekejaman pengganas - Najib

Bernama
Julai 15, 2016 13:37 MYT
Najib menggesa semua pihak supaya berpendirian tegas menentang kekejaman pengganas berikutan serangan terbaharu di selatan Perancis. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua pihak supaya berpendirian tegas menentang kekejaman pengganas berikutan serangan terbaharu di selatan Perancis pada Khamis.
"Terkejut dengan serangan pengecut di Nice. Mesti bertegas terhadap kekejaman pengganas. Ingatan dan doa kami bersama-sama rakyat Perancis," katanya dalam tweet beliau.

Horrified by the cowardly attack in Nice. Must stand firm against terrorist atrocities. Our thoughts & prayers r with the people of France

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) July 15, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Media antarabangsa melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh apabila seorang pengganas memandu sebuah trak merempuh orang ramai semasa sambutan Hari Bastille di Nice pada petang Khamis.
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian itu.
#Hari Bastille #Najib Razak #serangan nice #trak rempuh orang ramai #Wisma Putra