Tee Keat umum manifesto atasi sentimen kaum Cina terhadap MCA
Astro Awani
Disember 14, 2013 15:27 MYT
Disember 14, 2013 15:27 MYT
Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan manifestonya bagi membangunkan semula MCA.
Manifesto itu diumumkan bagi mengatasi masalah sentimen pengundi Cina terhadap parti itu yang kalah teruk semasa PRU ke-13.
Tiga prinsip digariskan termasuk mengembalikan kepercayaan pengundi terhadap MCA, komitmen terhadap isu ekonomi, serta menegakkan prinsip meritokrasi dalam negara.
Lapan inisiatif manifestonya pula adalah mentransformasikan parti melalui pemerkasaan peringkat akar umbi, mendekatkan rakyat dengan program kerajaan, mengaktifkan semula MCA di kalangan rakyat Malaysia di luar negara, serta memperkasa ekonomi termasuk perusahan kecil dan sederhana.
Bagi pendidikan, kesihatan dan wanita, beliau mahu mewujudkan tabung memperkasa pendidikan, menyediakan latihan kemahiran kepada orang muda, perkhidmatan kesihatan bergerak secara percuma, dan memperkasa ekonomi kaum wanita.
Tee Keat sebelum ini mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Presiden MCA dalam pemilihan parti 21 Disember ini.
Klik video untuk laporan penuh Astro AWANI.