Taylor'sphere persiap graduan penuhi pasaran ekonomi
Ehsan A Marisah
Ogos 25, 2021 09:38 MYT
Ogos 25, 2021 09:38 MYT
KUALA LUMPUR: Komited melahirkan graduan yang memenuhi landskap pasaran ekonomi, Taylor’s University melancarkan Taylor’sphere, iaitu sebuah ekosistem pembelajaran bagi melengkapkan graduan dengan intelek, kebijaksanaan praktikal serta kemahiran diperlukan hari ini.
Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata selain kebolehpasaran, ekosistem tersebut turut melatih minat graduan ke arah keusahawanan yang mampu memberi impak kepada komuniti.
“Jelas bahawa pengetahuan akademik sahaja tidak mencukupi untuk graduan berjaya dalam dunia masa kini. Graduan perlu mempunyai kemahiran hidup, kecerdasan, ketangkasan dan kreativiti untuk dapat mengatasi masalah kompleks yang memerlukan lebih daripada satu penyelesaian.
“Ekosistem kami membolehkan pelajar berfikir di luar kotak dan berkolaborasi dalam pelbagai disiplin untuk menyelesaikan masalah dan memberi kesan dalam komuniti mereka, meniru cara industri ini beroperasi.
“Selain itu, menyediakan pelajar dengan persekitaran, jaringan dan jalinan yang betul di peringkat universiti sangat penting untuk membolehkan mereka berkembang dalam kerjaya masa depan mereka,” katanya dalam pelancaran Taylor’sphere yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Pengarah Bersama Taylor’s Me.reka Makerspace (TMM), Mike Choong Wai Keng berkata, ekosistem tersebut membolehkan pelajar merasai pengalaman kemahiran dengan kerjasama seluruh fakulti di universiti pada tahun pertama dan tahun akhir.
“Keindahan ekosistem ini adalah para pelajar dapat melakukan, bereksperimen, gagal dan bermula semula dalam persekitaran yang selamat dan universiti menyokong mereka dalam perjalanan mereka.
“Selain itu, universiti telah membenarkan pelajarnya untuk menggunakan studio atau makmal di kampus untuk projek mereka tanpa mengira program ijazah mereka, menjadikan keseluruhan kampus sebagai Makerspace gergasi,” katanya.
Sementara itu, salah satu kejayaan ekosistem Taylor’sphere dibuktikan menerusi penciptaan teknologi DuckiePi yang dikuasakan oleh Raspberry Pi di bawah TMM.
Teknologi tersebut nyata membantu komuniti B40 mendapatkan akses internet serta pembelajaran yang lebih teratur serta lancar selain dilengkapi aplikasi Zoom, Google Suites dan kamera yang membolehkan pengalaman dalam talian pada aras terbaik.
Antara projek lain yang dikendalikan oleh pelajar merangkumi aplikasi tempat letak kereta Arrivo yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), platform Cultiv8 untuk menjual produk makanan inovatif, sihat dan lestari dan Unravel Apparel yang mengitar semula sisa kain terpakai dalam industri fesyen untuk dijadikan pakaian terkini.
Taylor'sphere | Persiap graduan penuhi pasaran ekonomi
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Taylor s University
#Taylor sphere
#keusahawanan
#Pradeep Nair
#graduan
#Taylor s Me reka Makerspace
#TMM
#Mike Choong Wai Keng
#DuckiePi
#Cultiv8
#Unravel Apparel