PETALING JAYA: Universiti swasta terunggul Asia Tenggara, Taylor’s University terus mempamer keunggulan dalam liga Quacquarelli Symonds (QS) apabila menduduki tangga ke-251 dalam QS World University Rankings 2025.
Dalam tempoh tujuh tahun, Taylor’s secara konsisten meningkatkan kedudukannya, diiktiraf sebagai universiti swasta terunggul di rantau ini selama lima tahun berturut-turut dan tergolong dalam kalangan 1 peratus universiti elit di dunia.
Mengikut bidang-bidang utama juga, Taylor’s melakar kemajuan luar biasa, apabila menjadi antara 100 Teratas untuk pelajar antarabangsa dan reputasi majikan, menyerlahkan kejayaannya dalam menarik pelajar yang pelbagai dan berhaluan global serta membina hubungan kukuh dengan majikan-majikan yang mencari bakat dalam pasaran pekerjaan.
Naib Canselor dan Presiden Taylor’s, Profesor Barry Winn menyatakan bahawa kecemerlangan itu didorong oleh semangat kebersamaan yang digalas setiap warga institusi ini, dari tenaga pelajar, pelajar dan seluruh kakitangannya.
“Memberi keyakinan kepada pelajar dan ibu bapa juga para majikan bahawa kualiti pendidikan yang kami sampaikan di sini mencapai standard antarabangsa.
“Sejak saya berada di sini, saya perhatikan orang di sini punyai komuniti yang sangat kuat, setiap orang terlibat dalam kegiatan universiti, rasa bangga yang benar tentang belajar dan bekerja di sini untuk memastikan setiap orang mencapai potensi masing-masing sepenuhnya.”
Kata Profesor Winn, mereka komited untuk mengekalkan standard tertinggi di Taylor’s bagi membolehkan ia mencapai potensi penuhnya sebagai peneraju global dalam pengajaran, penyelidikan, dan pemindahan pengetahuan yang progresif dan inovatif.
Momentum cemerlang diteruskan dan beliau bermatlamat untuk membawa Taylor’s ke dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.
“Kami akan berusaha untuk menjadi 200 universiti terbaik dunia dan diiktiraf sebagai sebuah universiti yang benar-benar antarabangsa, dengan kakitangan dan pelajar antarabangsa, menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial dan budaya serta seluruh bahagian komuniti, menjadi sebuah institusi yang Malaysia boleh banggakan.”
Profesor Winn dilantik menerajui Taylor’s pada Januari tahun ini, sebelum itu menggalas jawatan Naib canselor Universiti Sohar di Oman dari 2015 hingga 2022 di mana pelajarnya berkembang kepada 7,000 orang dan kakitangan akademik yang dedikasi seramai 180 orang.
Beliau juga pernah menjadi Timbalan Naib Canselor untuk Pembangunan Akademik juga Dekan School of Life Science di Universiti Bradford, dan sebelum itu sebagai Pro Naib Canselor untuk Kajian dan Perusahaan di Universiti Hull.
Dengan pengalaman luas dan mendalam sebagai peneraju kecemerlangan akademik, Profesor Winn menjelaskan bahawa Taylor’s akan mengembang luaskan jejak akademiknya untuk membawa masuk lebih banyak disiplin ilmu serta menangani cabaran-cabaran global masa kini, supaya sasaran yang ditetapkan itu dapat menjadi realiti.
“Jadi hal seperti kesihatan, kehidupan, atau isu-isu besar lain seperti masa depan pekerjaan, kecerdasan buatan generatif, kita juga melihat kepada masyarakat lestari, bandar-bandar kecil yang punyai banyak potensi pembangunan akademik, serta hal-hal kreatif.
“Untuk membantu kami bergerak ke hadapan, kami mahu serlahkan mutu kajian dan pertukaran pengetahuan dengan menarik akademia berkelas dunia untuk menyokong masyarakat, dan kami akan lakukannya pada bidang tumpuan tertentu supaya dapat menyentuh lapangan kajian di mana kami boleh membawa sumbangan yang ketara.”
Keunggulan Taylor’s didorong oleh komitmennya yang kuat terhadap kaedah pengajaran inovatif, dengan fokus untuk melahirkan generasi pembawa impak dengan menyumbang secara positif melalui penglibatan dengan komuniti dan alam sekitar.
Dalam tempoh setahun, pendekatan visi ini telah menyaksikan persepaduan yang lancar 106 Projek Impak ke dalam kurikulumnya dengan lebih 4,000 pelajar secara aktif terlibat dan memberi impak kepada kehidupan lebih 3,100 individu.
Jelas Profesor Winn, Taylor’s sentiasa mendaki tangga keunggulan untuk menetapkan penanda aras mutu pendidikan dengan membawa kemahiran pengurusan sektor swasta ke dalam pendidikan tinggi untuk mempromosikan kualiti, yang mereka akan terus bawakan.
Ujarnya, setiap bandar dan rantau memerlukan institusi pendidikan tinggi yang bagus tetapi cabarannya dalam dunia hari ini, khususnya di negara membangun yang memberikan tumpuan kepada pengembangan ekonomi, adalah melaburkan wang pembayar cukai kepada pembangunan pendidikan tinggi yang benar-benar berkualiti.
“Kita perlukan model pendidikan tinggi yang menerapkan pengurusan yang dinamik untuk memastikan kualiti tinggi pendidikan itu dapat disampaikan.
“Taylor’s adalah contohnya di sini dan kami amat berbangga dapat membawakan keunggulan kepada Malaysia dalam masa yang agak singkat.”
Untuk maklumat lanjut mengenai Universiti Taylor, sila klik di sini.