SUBANG JAYA: Taylor’s telah menganjurkan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) buat julung kalinya dengan sokongan Institut Akauntan Malaysia (MIA) sebagai menghargai jasa dan bakti profesion perakaunan di Malaysia.
Timbalan Naib Canselor Dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Professor Dr Pradeep Nair berkata selain didedikasikan buat mereka yang berprofesion perakaunan, inisiatif ini dilaksanakan bagi memberi inspirasi kepada golongan muda akan peluang kerjaya dalam bidang tersebut.
Jelasnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Perniagaan, Taylor's College ini melibatkan banyak organisasi bidang perakaunan bertauliah sekali gus berfungsi sebagai platform bagi para pelajar, graduan baharu dan profesional berkumpul untuk berkongsi pengetahuan dan mengembangkan rangkaian perhubungan mereka.
“Selama bertahun-tahun, kami telah meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar dalam program perakaunan kami untuk membolehkan mereka memperoleh kelebihan berdaya saing dalam dunia perakaunan menerusi kurikulum yang sentiasa ditambah baik dengan pelbagai pengalaman dari pakar yang profesional bagi membantu pelajar kami selangkah ke hadapan dalam pasaran.
“Baru-baru ini, Taylor's telah memperkenalkan Taylor's Centre of Accountancy Studies untuk memberi peluang kepada pelajar kami membina daya tahan dan kebolehsuaian dalam industri perakaunan.
“Kami juga komited untuk membina perkongsian dengan profesional dalam industri berkenaan yang terdiri daripada pelbagai organisasi termasuk Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Certified Public Accountants - Chartered Accountants Australia and New Zealand (MICPA CA ANZ), Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), KPMG Malaysia dan Crowe Malaysia serta banyak lagi,” katanya semasa Majlis Sambutan Taylor’s International Accounting Day 2022 (TIAD’22) di Taylor’s University, Subang Jaya baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA), Datuk Bazlan Osman.
Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Perakaunan Antarabangsa yang jatuh pada 10 November setiap tahun, TIAD'22 turut meraikan akauntan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dari pelbagai badan perakaunan diiktiraf atas sumbangan kepada profesion dan negara menerusi anugerah ‘Taylor’s Accountants Of The Year’.
Antara mereka yang menerima penghargaan ialah Pegawai Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Alex Ooi Thiam Poh; Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad, CIMB Bank Berhad dan CIMB Bank PLC, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan, Perbankan Borong Kumpulan di RHB Banking Group, Tuan Syed Ahmad Taufik Albar; Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas TG Consulting Sdn Bhd, Theresa Goh; Ketua Perkhidmatan Kewangan Global, Experian Malaysia, Toh Beng Siew; Pengerusi Bukan Eksekutif, Tricor Malaysia, Dr Veerinderjeet Singh; dan Pengurus Besar Kanan, Strategi dan Transformasi Tenaga Nasional Berhad, Yasmin Mohd Ramzi.
Di samping itu, pada majlis yang julung kali diadakan, Taylor’s turut berbangga mengiktiraf sumbangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia kepada profesion perakaunan di Malaysia.
TIAD'22 telah ditaja oleh Penaja Berlian MICPA X CA ANZ manakala Penaja Platinum pula oleh GoKudos dan TraTax.
Selain itu, Penaja Emas TIAD’22 adalah ACCA, ATAREK Group, Baker Tilly Malaysia, Certified Practising Accountant Australia (CPA Australia), CROWE Malaysia, KPMG Malaysia, WHLK Group, dan YYC & Co.
Sementara itu, Penaja Perak adalah American Institute of Certified Professional Accountants (AICPA) & Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), CapBay, PKF Malaysia dan Urbach Hacker Young Malaysia(UHY Malaysia).
Untuk maklumat lanjut mengenai TIAD'22, sila layari https://bit.ly/3MphanH
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Eton Khir
Sat Nov 12 2022
(Empat dari kiri) , Professor Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor's University dan Datuk Bazlan Osman, Presiden Institut Akauntan Malaysia bersama para pemenang Anugerah 'Taylor's Accountants of the Year'.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Taylor's, universiti swasta terbaik di Malaysia
Taylor's University kini setaraf universiti-universiti terbaik di dunia setelah menduduki tangga ke-379 global bagi senarai siri QS World University Ranking 2021.