Tayar monorel terbakar di Stesen Titiwangsa - Bomba

Bernama
Disember 19, 2023 10:50 MYT
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran tayar monorel yang terbakar selepas terjatuh dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa, Jalan Tun Razak dekat sini pada Selasa. Gambar kecil: Keadaan tayar monorel yang terbakar.
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan berlaku kebakaran tayar sebuah monorel di Stesen Monorel Titiwangsa, di sini hari ini.
Jurucakap bomba berkata pihaknya menerima penggilan kecemasan pada 12.57 tengah hari sebelum menghantar lima anggota dan jentera ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan bomba mendapati tayar monorel terbakar dan jatuh ke jalan raya.
"Kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan satu aliran daripada pam jentera.
"Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
#Stesen Monorel Titiwangsa #tayar monorel terbakar #pam jentera #JBPM