Tawaran jawatan Perdana Menteri Ukraine bukan penamat tunjuk perasaan
Astro Awani
Januari 26, 2014 16:22 MYT
Januari 26, 2014 16:22 MYT
Ditawar jawatan Perdana Menteri Ketua Pembangkang Arseniy Yatsenyuk tidak menganggap ia sebagai penamat tunjuk perasaan.
Sebaliknya tawaran berkenaan disifatkan sebagai mengesahkan lagi kelemahan pimpinan Viktor Yanukovych.
Tawaran dibuat Yanukovych dalam pertemuan bersama pemimpin pembangkang.
Yanukovych turut bersetuju berbincang mengenai kaedah meminda perlembagaan Ukraine kepada sistem republik presiden berparlimen.
Jika diluluskan perdana menteri akan mendapat lebih kuasa dan perlantikannya dibuat menerusi undian anggota parlimen berbanding lantikan terus oleh presiden seperti sistem sedia ada.
Berucap di hadapan ribuan penentang kerajaan di dataran kemerdekaan Yatsenyuk berkata beliau bersedia menerima tawaran berkenaan.
Namun Yanukovych dalam masa yang sama masih perlu memenuhi tuntutan penunjuk perasaan sebelum rundingan bersambung.
Antara tuntutan pembangkang mahu perjanjian perdagangan bebas dengan kesatuan Eropah EU ditandatangani selain mahu beberapa tahanan termasuk bekas Perdana Menteri Yulia Tymoshenko dibebaskan.
Mereka turut menuntut pilihan raya disegerakan.