Taufan Michaung: Rakyat Malaysia di selatan India dinasihatkan jaga keselamatan
Bernama
Disember 5, 2023 23:06 MYT
Disember 5, 2023 23:06 MYT
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang melawat atau berada di beberapa kawasan yang terjejas dibadai Taufan Michaung di Selatan India dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa berkata kementerian itu memantau rapat perkembangan taufan yang menjejaskan Chennai, Tiruvallur, Kancheepuram dan Chengalpattu di Tamil Nadu serta Nellore dan Bapatla di Andhra Pradesh.
"Taufan yang membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer itu yang mengakibatkan banjir serta gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin turut menghentikan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai
"Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas dinasihatkan menjaga keselamatan diri dan mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai di talian +91-11-2415 9300/+91-85955 50594 (selepas waktu kerja) atau faks ke +91-11-2688 1538 dan menerusi e-mel mwdelhi@kln.gov.my atau laman sesawang https://www.kln.gov.my/web/ind_new-delhi/home.
Konsulat Jeneral di Chennai pula boleh dihubungi melalui talian +914424334434/35/36/ +917550022001 atau menerusi e-mel mwchennai@kln.gov.my dan laman Facebook; https://www.facebook.com/mwchennai.chennai.
Bernama melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan terkorban di negeri Tamil Nadu akibat insiden berkaitan hujan di beberapa kawasan di ibu negara Chennai.
-- BERNAMA