Tarikh 'walk-in' belum ditetap, CITF minta warga emas tanpa janji temu tidak datang ke PPV

Faris Danial Razi
Julai 15, 2021 12:38 MYT
Tarikh pelaksanaan vaksinasi walk-in bagi warga emas di negeri Selangor dan Kuala Lumpur akan diumumkan kelak. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Tarikh pelaksanaan vaksinasi ‘walk-in’ bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur akan diumumkan kelak.
Menurut kenyataan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), ia bagi membolehkan perancangan inisiatif ini dimuktamadkan, seperti urusan logistik serta penghantaran bekalan stok vaksin di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
BACA: Warga emas di Lembah Klang akan dibenar 'walk-in' dapatkan suntikan vaksin - Dr Adham
BACA: COVID-19: Malaysia catat 13,215 kes baharu, tertinggi setakat ini
“Sama penting ialah merancang susunan waktu inisiatif walk-in ini untuk mengelakkan kesesakan di PPV terutamanya bagi warga emas ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi.
“Oleh itu, orang ramai berusia 60 tahun ke atas bersama pengiring mereka yang tidak mempunyai janji temu vaksinasi diminta untuk tidak hadir ke mana-mana PPV esok sehingga maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini diumumkan dalam masa terdekat,” jelas kenyataan itu.
#Pusat Pemberian Vaksin #PPV #warga emas #Malaysia #COVID-19 #vaksin #suntikan #jangkitan #Klang #CITF