Tarikh peperiksaan SPM dianjak ke 6 Januari

Faris Danial Razi
Jun 28, 2020 17:47 MYT
Jelas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar. - Gambar hiasan/Bernama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjadualan semula kali kedua takwim peperiksaan kendalian KPM bagi tahun 2020 berdasarkan Pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020.
Menurut kenyataan kementerian itu, Siji Pelajaran Malaysia (SPM) akan dianjak ke 6 Januari hingga 9 Februari 2021.
"Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut.
"Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 yang akan dimaklumkan kelak.
"Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar," jelas KPM menerusi kenayatan pada Ahad.
SPM yang pada asalnya akan diduduki oleh lebih 400,000 pelajar pada 16 November - 7 Disember 2020 telah ditunda kepada suku pertama tahun 2021 bagi membolehkan murid mempunyai tempoh pembelajaran yang mencukupi dan dapat membuat persediaan rapi untuk menduduki peperiksaan.
Berikut adalah takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula oleh KPM:
BACA: Pembukaan semula sekolah: Guru, pelajar akui teruja hari pertama
BACA: Operasi pusat tuisyen swasta, surau di sekolah diputuskan Rabu ini
#Kementerian Pendidikan #Malaysia #pelajar #pendidikan #peperiksaan #Siji Peperiksaan Malaysia #SPM
;