Tarikh pendaftaran murid Tingkatan 1 dan 4 Sekolah Khusus 6 April
Bernama
Mac 17, 2021 21:50 MYT
Mac 17, 2021 21:50 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan tarikh pendaftaran murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus untuk tahun 2021 adalah pada 6 April depan.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021.
Sekolah Khusus adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan.
Menurut KPM, semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus bagi Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) boleh dibuat pada 19 dan 23 Mac.
Tarikh semakan bagi Tingkatan 1 ke SBP dan SMKA adalah pada 19 Mac ini, diikuti Tingkatan 4 SBP, SMKA dan SMT serta Tahun 1 SVM KV pada 23 Mac manakala tarikh semakan temu duga bagi kemasukan ke Tingkatan 4 MTD pula pada 23 Mac.
Semakan tawaran boleh dilakukan melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1 dan https//:spskt4.moe.gov.my bagi Tingkatan 4, manakala tarikh pendaftaran ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/.
-- BERNAMA
#KPM
#Kementerian Pendidikan
#tarikh pendaftaran
#tingkatan satu
#Tingkatan Empat
#sekolah khusus
#6 April
#SBP
#SMKA
#smt
#KV
#MTD