Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD

Bernama
Julai 14, 2021 20:45 MYT
Pembayaran Bantuan PEMERKASA Tambahan ini melibatkan kategori penerima pemandu teksi atau kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran yang memenuhi kriteria bantuan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan PEMERKASA Tambahan dijangka akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai, menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran ini melibatkan kategori penerima pemandu teksi atau kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran yang memenuhi kriteria bantuan itu, manakala tarikh pembayaran bagi pemandu e-hailing akan dimaklumkan kemudian.
"Pihak APAD ingin menjelaskan bahawa pindaan tarikh pembayaran ini disebabkan oleh proses teknikal yang tidak dapat dielakkan.
"Segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pemohon yang terlibat amatlah dikesali dan pihak APAD memohon maaf berhubung perkara ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
#PEMERKASA #bantuan #Agensi Pengangkutan Awam Darat #pemandu teksi #kereta sewa #bas sekolah #bas pesiaran #pemandu e-hailing
;