Tarikh lihat anak bulan Syawal 24 Jun

Bernama
Jun 17, 2017 09:40 MYT
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah. -Gambar fail
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah petang Sabtu, 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen," kenyataan itu menerangkan.
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:
JOHOR: Pontian Kecil
​​​​​​​MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)
SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak
Bernam)
PERAK: Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru (Manjong)
PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh)
KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor
Setar (Alor Setar)
TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut),
Balai Cerap KUSZA (Setiu)
KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan
SEDC (Kota Bharu)
SARAWAK: Esplanade Luak (Miri), Teluk Bandung (Kuching), Tanjung Batu (Bintulu)
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)
PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Berincang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong
(Kuantan)
LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur
PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat).
-- BERNAMA
#aidlfitri #anak bulan Syawal #hari raya #Hari Raya Puasa #lihat anak bulan