Tarikh bersejarah buat Tun Mahathir hari ini...

Astro Awani
Julai 16, 2018 06:08 MYT
Tun Mahathir angkat sumpah di Dewan Rakyat pada tarikh yang sama beliau mengangkat sumpah PM ke-4 37 tahun yang lalu. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMARAR
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengangkat sumpah mengesahkan kedudukan sebagai ahli Dewan Rakyat bagi penggal ke-14 hari ini.
Beliau mengangkat sumpah 69 hari pasca detik bersejarah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.
Paling bersejarah apabila majlis angkat sumpah ini berlangsung pada tarikh yang sama beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada 1981.
Menurut Arkib Negara, hari ini dalam tahun 1981, Dr. Mahathir menerima watikah pelantikan menggantikan Tun Hussein Onn yang telah meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.
Pada waktu itu, Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan yang disaksikan oleh Pemangku Ketua Hakim Negara ketika itu, Almarhum Sultan Azlan Shah.
#angkat sumpah #Dewan Rakyat #Hari Ini Dalam Sejarah #isu semasa #Parlimen Ke-14 #Terkini Astro AWANI #Tun Dr Mahathir Mohamad #Tun Mahathir