Tarikh akhir rayuan BPN 31 Mei ini - LHDN

Bernama
Mei 28, 2020 11:57 MYT
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line, HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM.
Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
"Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my," menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini.
Pemohon boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPN yang dimuat naik pada portal rasmi BPN untuk mendapatkan maklumat lanjut atau klik pada capaian pantas di sini.
Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui;
1) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara);
2) HASiL Live Chat;
3) Borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas;
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/;
4) Media sosial rasmi; https://www.facebook.com/LHDNM atau https://twitter.com/LHDNMofficial.
-- BERNAMA
#Bantuan Prihatin Nasional #BPN #LHDN #rayuan #soalan lazim #tarikh akhir
;