Kerajaan negeri Selangor akan mengenakan tarif air yang munasabah selepas penstrukturan semula industri air di Selangor dimuktamadkan pada masa yang terdekat ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata pertemuan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari baru-baru ini telah membincangkan perkara itu dan penstrukturan industri air di negeri itu akan dimuktamadkan mengikut perjanjian induk yang telah ditandatangani pada 2014.
"Penstrukturan semula perkhidmatan industri air di Selangor telah tertangguh pada tempoh yang lama akibat tiada persefahaman dan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri sebelum ini tetapi sekarang ia akan berjalan lancar kerana wujudnya kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan," kata Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia dan menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri Selangor di Gombak, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.
Sementara itu, Azmin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021.
"Saya berharap Ahmad Zahid akan menjalankan tugasnya dengan baik (sebagai Ketua Pembangkang) dengan memberi kritikan yang membina dan memainkan peranan sebagai semak dan imbang untuk memastikan Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir negara dengan telus dan bertanggungjawab," katanya.
Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.
Mohamad pula dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat 110 undi menewaskan Ketua Penerangan UMNO merangkap Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018

Kerajaan negeri Selangor akan mengenakan tarif air yang munasabah selepas penstrukturan semula industri air di Selangor dimuktamadkan pada masa yang terdekat ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PRN Melaka: PN optimis dapat terima mandat rakyat - Azmin
Pengarah pilihan rayanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia berdasarkan rekod baik kerajaan dibawah gabungan parti itu.

Music Tribe pilih Malaysia sebagai lokasi pacu transformasi digital peringkat global
Pengumuman itu membuktikan Malaysia berupaya untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi daripada syarikat antarabangsa.

Kerja-kerja pembaikan cerun tertangguh akibat PKP - Azmin
Tender bagi menjalankan kerja-kerja menangani masalah cerun di kawasan perumahan Taman Kelab Ukay di sini telah ditawarkan sejak Mac lalu.

Azmin, Zuraida tampung kos sewa keluarga terjejas akibat tanah runtuh
Seramai 40 ahli keluarga dari tujuh buah rumah yang terjejas akibat tanah runtuh di Taman Kelab Ukay di sini diarahkan supaya meninggalkan kediaman masing-masing dalam tempoh 48 jam.

Persetujuan pelaksanaan PKPB dicapai dalam Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri
Persetujuan pelaksanaan PKPB dicapai dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April lalu.

Agong sokong langkah kerajaan tangani impak COVID-19 terhadap rakyat, ekonomi
Al-Sultan Abdullah menzahirkan perkara itu menerusi sidang video bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pelantikan sebagai Menteri Kanan satu tanggungjawab besar - Azmin Ali
"Kita juga akan memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat keseluruhannya". -Azmin

Malaysia kekalkan dasar pelaburan dan perdagangan terbuka - Azmin
Dalam konteks ekonomi global, Malaysia juga akan terus memanfaatkan budaya pembiayaan untuk melonjakkan lagi kelebihan daya saing.

Azmin Ali mengadap Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berkenan menerima mengadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Istana Negara pada Isnin.

Pastikan dasar baharu digubal agar ekonomi lebih mampan - Azmin
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap optimis dan berikrar untuk terus berkhidmat dengan memastikan kementeriannya dapat menggubal beberapa dasar baharu.