Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Sinar Harian
April 6, 2024 13:44 MYT
April 6, 2024 13:44 MYT
JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya memindahkan semula seekor tapir yang terlepas dari Zoo Johor pada awal pagi Sabtu.
APM menerusi satu kenyataan berkata, makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima pada jam 3.15 pagi.
"Seorang pegawai dan enam anggota APM serta sebuah ambulan dikejarkan ke lokasi.
"Pegawai Jabatan Perhilitan dan anggota APM berjaya memindahkan tapir berkenaan ke Zoo Johor lebih kurang jam 4 pagi," katanya. -Sinar Harian