Tapir jantan 150 kilogram mati dilanggar
Muhafandi Muhamad
November 15, 2020 11:04 MYT
November 15, 2020 11:04 MYT
KUALA KRAI: Kawasan rayau hidupan liar terancam dengan pembukaan kawasan pertanian menyebabkan habitat hidupan liar mencari kawasan baharu termasuk juga di kawasan berhampiran dengan kehidupan manusia.
Namun bukan semua hidupan liar yang berkeliaran mencari kawasan baharu dapat hidup seperti di habitat asalnya.
Ini yang terjadi ke atas seekor tapir dengan anggaran berat 150 kilogram mati dilanggar di Kampung Sri 10, Jalan Sungai Durian-Chenulang, Kuala Krai, sekitar jam 10 malam semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan Kelantan, tapir berkenaan ditemui mati dilanggar kenderaan di kawasan jalan gelap dan menuruni bukit di kampung berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, sebahagian hutan simpan yang menjadi habitat hidupan liar telah ditukar kepada ladang hutan dan keadaan ini menyebabkan hidupan liar meluaskan lagi kawasan rayau bagi mencari makanan dan pasangan.
Katanya Jabatan Perhilitan akan melaksanakan pemantauan dan rondaan malam secara berkala dari semasa ke semasa bagi mengelakkan dari hidupan liar keluar ke jalan.
#Tapir
#Kuala Krai
#hidupan liar
#Jabatan Perhilitan Kelantan
#150 kilogram
#mati dilanggar
#Kampung Sri 10
#Jalan Sungai Durian-Chenulang