Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar
Bernama
April 6, 2024 08:00 MYT
April 6, 2024 08:00 MYT
KOTA BHARU: Tapak pelupusan sampah Kok Bedullah, di Tumpat yang terbakar semalam melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor Tuan Abdul Halim Tuan Abdullah berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.32 pagi dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.
Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran.
"Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan pada malam ini susulan api masih menyala kerana cuaca panas.
"Bagaimanapun, kebakaran di tapak pelupusan sampah itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi malam tadi.
-- BERNAMA
#tapak pelupusan sampah
#Tumpat
#tapak pelupusan sampah Kok Bedullah
#tapak pelupusan sampah terbakar