Tanjung Piai Memilih: 280 anggota polis mula undi awal

Firdaus Azil
November 12, 2019 08:54 MYT
Seramai 280 anggota dan pegawai polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai hari ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
Seramai 280 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, hari ini.
Proses pengundian awal mengambil tempat di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, dengan dua saluran dibuka iaitu untuk N55 Pekan Nanas, dan N66 Kukup.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saluran untuk Pekan Nanas dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang, manakala saluran untuk Kukup juga bermula 8 pagi, namun akan ditutup pada pukul 1 petang.

#TanjungPiaiMemilih: 280 anggota polis akan mula mengundi di IPD Pontian, bermula 8 pagi hingga 5 petang, hari ini. Pengiraan akan dibuat pada 16hb Nov, bersekali dengan Hari Pengundian #PRKTanjungPiai@501Awani pic.twitter.com/10B6XK77BX

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sewaktu pusat pengundian awal dibuka, beberapa calon turut hadir untuk membuat tinjauan, antaranya calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia Wendy Subramaniam, dan calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini.

#TanjungPiaiMemilih: Calon @barisanasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng meninjau keadaan semasa dua saluran pengundian awal yang dibuka di IPD Pontian. @501Awani pic.twitter.com/kM0ZL3Qw7d

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TanjungPiaiMemilih: Calon @pakatanharapan_ Karmaine Sardini turut melihat sendiri proses pengundian awal #PRKTanjungPiai @501Awani pic.twitter.com/FF6TQorMM7

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri Salleh memaklumkan terdapat 18 anggota yang mengundi untuk saluran satu iaitu N55 Pekan Nanas, manakala 262 lagi mengundi di saluran dua untuk N56 Kukup.
Jumlah ini, jelasnya lagi, termasuk 30 anggota dan pegawai yang bertugas di luar kawasan, termasuk 14 polis yang sudah bersara.
Dalam pada itu, beliau memberitahu media bahawa keadaan terjaga sepanjang tempoh berkempen, namun polis sentiasa bersiap sedia memandangkan provokasi dari penyokong calon bertanding akan meningkat ketika semakin hampir dengan hari pengundian, iaitu 16 November ini.
“Setakat ini kita tengok kempen daripada 2 hari bulan sampai semalam berjalan dengan lancar, ada insiden terpencil namun dapat kita dapat atasi.
"Kita berharap penyokong dan parti terlibat dalam PRK 165 Tanjung Piai ini dapat mengawal emosi dan kita tengok penghujung untuk tempoh mengundi ini akan berlakunya provokasi dan sebagainya.
“Itu kita harap mana mana yang terlibat ini mengawal emosi supaya sepanjang tempoh berkempen ini berjalan dengan lancar sehinggalah 16 hari bulan nanti.
"Pada 16 hari bulan nanti semua kita akan tentukan siapakah yang akan menang untuk pilihan raya kecil ini,” katanya lagi.
#280 anggota dan pegawai polis #Bangunan Perkep #Karmaine Sardini #Pekan Nanas #pengundi awal #pengundian awal #PRK Tanjung Piai #Wendy Subramaniam
;