Tangkis maklumat palsu

Shafizan Johari
Mac 4, 2013 06:13 MYT
Teknologi telekomunikasi yang canggih mungkin kini menjadi ibarat duri dalam daging apabila ia digunakan bagi menghebahkan maklumat palsu berkaitan keselamatan negara.
Oleh itu, sekumpulan pemimpin akar umbi di Sepanggar Sabah, tampil dengan pendekatan pro-aktif, dalam usaha menyekat hebahan palsu dan memberi penjelasan yang sahih kepada penduduk-penduduk kampung.
Sebelum ini khabar angin melalui media sosial dan sistem pesanan ringkas heboh menyatakan pencerobohan sudah merebak ke Sepanggar.
Ia bertentangan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa hanya tiga kawasan di Sabah iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kunak, terlibat dengan insiden pencerobohan.
#maklumat palsu #media sosial #TLDM #UMS
;