Tangki minyak KBC terbakar
Sinar Harian
Julai 5, 2018 23:05 MYT
Julai 5, 2018 23:05 MYT
Orang ramai gempar apabila tangki simpanan minyak milik Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan perindustrian Teluk Kalong, di sini, terbakar kira-kira jam 6.15 petang tadi.
Kebakaran itu menarik perhatian ramai kerana asap hitam dan tebal boleh dilihat dalam jarak sejauh lebih lima kilometer.
Sumber berkata, kebakaran itu dipercayai bermula di sebuah tangki besar yang mengandungi kira-kira 40,000 liter minyak mentah.
Api yang marak menyebabkan kebakaran merebak ke tangki kedua dan setakat jam 9.20 malam tadi, api berisiko merebak ke tangki ketiga ekoran keadaan tiupan angin yang kuat.
Kerja pemadaman dan mengawal kebakaran itu melibatkan puluhan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai dan Kerteh dibantu beberapa balai lain.