KUALA LUMPUR:Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Engender Consultancy mahu rumah-rumah perlindungan keganasan rumah tangga mematuhi amalan dan piawaian terbaik seperti di dalam Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumah Tangga yang telah diwujudkan.
Ketua Bahagian Penyelidikan, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Shazana Agha berkata, ketika ini, tidak terdapat keseragaman piawaian bagi rumah-rumah perlindungan keganasan rumah tangga di seluruh negara.
Menurut beliau, ketika ini wujud perbezaan yang ketara dalam skop perkhidmatan yang disediakan oleh rumah-rumah perlindungan.
"Tahap keselamatan antara lainnya, serta pengalaman pemandiri juga berbeza jauh, bergantung kepada rumah perlindungan yang telah dirujuk atau yang berdekatan dengan mereka.
"Untuk berhadapan dengan isu ini serta menghapuskan perbezaan ini, amat penting bagi kerajaan melaksanakan piawaian rumah perlindungan yang seragam di peringkat Persekutuan. Piawaian ini telah digariskan dalam Toolkit dan Piawaian Rumah Perlindungan Keganasan Rumah Tangga yang telah diwujudkan oleh WAO dan KPWKM.
"Pelaksanaan piawaian ini di peringkat Persekutuan memerlukan kepatuhan oleh organisasi-organisasi yang menerima dana persekutuan. Ia akan membantu memastikan aspek-aspek utama dalam pengalaman wanita kekal konsisten dan seragam walau di rumah perlindungan mana pun mereka berada," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Rabu.
Keganasan rumah tangga bermaksud individu yang sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan, mencederakan secara fizikal, memaksa, mengancam melakukan perbuatan seksual, mengurung atau menahan tanpa kerelaan serta khianat dan merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan dan kegusaran.
Dalam pada itu, Shazana mencadangkan mewujudkan jawatankuasa yang diketuai oleh Jawatankuasa Kebangsaan bagi Keganasan Rumah Tangga di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan merangkumi perwakilan daripada pihak kerajaan dan masyarakat awam.
Kata Shazana, adalah penting untuk memastikan rumah-rumah perlindungan keganasan rumah tangga boleh diakses oleh mangsa pada masa yang memerlukan disediakan oleh platform tambahan seperti talian hotline krisis.
Jelasnya, talian hotline adalah titik pemula bagi para mangsa untuk mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai pilihan yang tersedia untuk mereka termasuklah ke mana hendak dituju sekiranya mereka sedang berhadapan dengan bahaya atau telah bersedia untuk meninggalkan situasi keganasan.
"Hotline seperti talian dan SMS/Whatsapp WAO 24 jam dan Talian Kasih oleh KPWKM membolehkan para pemandiri untuk mengakses bantuan pada bila-bila masa sama ada siang atau malam.
"Ia juga membolehkan peetolongan segera diberikan kepada para pemandiri yang tinggal di tempat yang terpencil atau tidak mempunyai jalan untuk meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan bantuan.
"Ia juga amat penting untuk memastikan wujudnya sumber dan pekerja yang mencukupi di rumah-rumah perlindungan dan pekerja yang ada perlulah terlatih dan berpengetahuan mengenai keganasan berasaskan gender dan sokongan-sokongan yang tersedia," katanya lagi.
Dalam Belanjawan 2021, kerajaan mengumumkan peruntukan RM21 juta kepada ‘pusat-pusat bantuan sosial setempat’ bagi keganasan rumahtangga dan juga peruntukan Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) bagi pekerja sosial jangka pendek dan pegawai-pegawai perubatan.
Wan Syamsul Amly
Wed Nov 25 2020

Menurut Shazana, ketika ini, tidak terdapat keseragaman piawaian bagi rumah-rumah perlindungan keganasan rumah tangga di seluruh negara. - Astro AWANI

KPDN lancar Ops Campur, 300 kampit beras dirampas
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pengilang serta pembungkus beras import ber

Ibu tiga anak maut akibat kebakaran rumah diklasifikasi sebagai kes bunuh
Kes diklasifikasi semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

Pelajar anti-Israel tidak akan dihantar pulang - Mahkamah AS
Seorang hakim Mahkamah Amerika Syarikat memerintahkan pelajar Universiti Columbia berketurunan Palestin, Mahmoud Khalil tidak dihantar pulang buat masa ini.
[TERKINI] Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis selepas tiba di Manila pada Selasa, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), lapor agensi berita Filipina (PNA).

Mangsa banjir di Beaufort, Membakut terima bantuan tunai RM1,300 - Hajiji
Setiap keluarga mangsa banjir di Beaufort dan Membakut menerima bantuan tunai kecemasan berjumlah RM1,300 daripada kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.
[TERKINI] SST kekal, kerajaan tidak bercadang kembalikan GST
Kerajaan belum berhasrat untuk mengembalikan semula GST buat masa ini.
[TERKINI] Tiada Penggantungan lesen terhadap Era FM - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk tidak menggantung lesen Maestra Broadcast Sdn Bhd, pengendali stesen radio Era FM.

Nelayan terjatuh di perairan Pulau Tikus ditemukan meninggal dunia
Mayat ditemukan oleh pasukan CARILAMAT pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Operasi Puspakom cawangan Wangsa Maju dilanjutkan hingga Jun 2026
Kementerian Pengangkutan bersetuju untuk melanjutkan pengoperasian Puspakom cawangan Wangsa Maju hingga Jun tahun depan.

Pentadbir WhatsApp ditembak mati selepas ahli tersinggung
Mushtaq didakwa mengeluarkan Ashfaq daripada kumpulan WhatsApp selepas satu pertengkaran.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Ops Catut Back to School 2025 kawal kenaikan harga pakaian sekolah - Fuziah
Pemantauan Ops Catut Back to School 2025 di bawah AKHAP 2011 yang bermula dari 1 sehingga 16 Februari bertujuan memantau serta mendapatkan maklumat barangan pakaian sekolah.

WhatsApp perkenal ciri 'Tema Sembang'
Pengguna boleh memilih untuk menggunakan tema sama untuk semua perbualan, atau turut memilih tema berbeza untuk perbualan-perbualan berbeza.

Ciri penterjemahan teks terbina WhatsApp akan diproses terus dari peranti
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.

KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.

Menteri Kesihatan UK dipecat PM Starmer susulan mesej WhatsApp
Andrew Gwynne, MP bagi kawasan Gorton dan Denton, telah dipecat daripada jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan digantung keahliannya dalam Parti Buruh.

WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu

Bekas pengurus syarikat rugi RM2 juta terperdaya penipuan pelaburan
Harapan seorang bekas pengurus syarikat untuk mengaut keuntungan segera musnah selepas kerugian kira-kira RM2 juta akibat terperdaya dengan pelaburan tidak wujud.