Tangani isu kemiskinan tegar, tambah baik polisi agar bersasar

Shaznina Rozman
Julai 19, 2022 12:51 MYT
Sebanyak 144,932 Ketua Isi Rumah (KIR) dikategorikan sebagai miskin tegar setakat 30 Jun lalu, berbanding 44,829 pada tahun 2020. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penambahbaikan pada polisi sedia ada perlu dilaksanakan secara bersasar untuk menangani isu kemiskinan tegar lantaran isu tersebut adalah sangat dinamik dan berbeza.
Ketua Laboratori Gerontologi Sosial, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Zumilah Zainalaludin berkata, penambahbaikan terhadap polisi ini perlu mengambil kira tiga aspek iaitu, jantina, penuaan dan juga kemiskinan.
“Ia ada kaitan dengan jantina apabila kita bercakap soal kemiskinan, ini bermakna sebagai contoh kalau orang miskin kebanyakkannya datang dari wanita.
“Pada masa sama, kemiskinan juga berkait rapat dengan penuaan. Ketika berusia dalam linkungan 60 tahun, kita akan bersara dan pendapatan berkurangan menjadi separuh daripada jumlah gaji sedia ada. Pendapatan menjadi kurang sepenuhnya kerana tidak bekerja lagi dan telah masuk fasa persaraan.
Niaga AWANI; Ekonomi | Tangani kemiskinan tegar secara holistik
“Ini dikatakan sebagai hubungan tiga penjuru antara jantina, penuaan dan kemiskinan,” katanya dalam temu bual menerusi program Niaga AWANI pada Selasa.
Beliau yang juga Penyelidik Kemiskinan, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia berpandangan penyelesaian holistik perlu dilaksanakan ekoran Malaysia bakal menjadi negara menua sebelum 2030.
BACA: KIR miskin tegar meningkat lebih tiga kali ganda setakat Jun - Mustapa
Berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional atau eKasih diuruskan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, sebanyak 144,932 Ketua Isi Rumah (KIR) dikategorikan miskin tegar setakat 30 Jun lalu, berbanding 44,829 pada tahun 2020.
Niaga AWANI: [Statistik] Peningkatan ketara kemiskinan tegar dalam dua tahun
#kemiskinan #bersara #menua #gaji #pendapatan
;