Tangan tersepit dalam mesin pengisar isi ayam
Abd Razak Mohd Ali
Jun 5, 2021 15:46 MYT
Jun 5, 2021 15:46 MYT
LUMUT: Seorang wanita cedera apabila tangan kirinya tersepit di dalam mesin ketika melakukan kerja mengisar isi ayam di sebuah kilang di Pelabuhan Lumut, di sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 pagi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan yang tiba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
“Mangsa mengalami kecederaan ringan di jari manis tangan kiri,” kata jurucakap itu dalam kenyataan yang diedarkan.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk dirawat.