Tangan kiri, separuh badan dibaham buaya

Radhi Muslim
Mei 25, 2019 12:58 MYT
Mangsa disyaki dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot ke rumahnya berdekatan tebing sungai. -Gambar hiasan
Mayat seorang lelaki ditemui tanpa tangan kiri dan separuh badan di sungai berdekatan Jalan Beriawa, Batu Lapan, pagi ini.
Dalam kejadian jam 6.20 pagi, Saini Mahmi, 39, disyaki dibaham buaya ketika memindahkan barang dari bot ke rumahnya berdekatan tebing sungai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata mangsa ditemui terapung di sungai 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.
"Seterusnya mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Terdahulu, kejadian berlaku pada Khamis namun bomba hanya terima laporan pada Jumaat," katanya dalam satu kenyataan media.
#BBP #dibaham buaya #Jalan Beriawa #Jimmy Lagung #pindah barang dari bot ke rumah #Saini Mahmi
;