Tangan Era Fazira parah tersepit mesin tebu

Petrus Bernard
Mei 28, 2019 16:36 MYT
Pihak Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar tebu pada jam 10.40 pagi. - JBPM
Seorang wanita berumur 25 tahun mengalami kecederaan parah di pergelangan tangannya apabila tersepit mesin pengisar tebu pada Selasa pagi.
Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pada kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Era Fazira Ramli sedang menjalankan kerja mengisar tebu
Mangsa yang menjerit kesakitan membuatkan saudaranya segera bergegas kepadanya untuk memadamkan suis mesin tersebut, seterusnya menghubungi pihak bomba.
Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBP) Tawau, Sharudy Delamin dalam kenyataannya berkata, dua buah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan enam orang anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi.
"Pihak Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar tebu pada jam 10.40 pagi," katanya.
Tambahnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pihak Bomba sebelum dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
BACA: Tersepit mesin tebu: Erra Fazira terasa kesakitan Era Fazira
#bomba #mangsa #mesin tebu #wanita
;