Tanda solidariti, rakyat Malaysia bersatu kecam Israel di laman sosial
Farhana Joni
Mei 12, 2021 00:02 MYT
Mei 12, 2021 00:02 MYT
KUALA LUMPUR: Terkesan dengan apa yang dialami penduduk Palestin yang diserang tentera Israel, ramai rakyat Malaysia bersatu 'menyerang' akaun Twitter dan Facebook, Israel Defence Forces.
Ramai netizen meninggalkan banyak komen yang menyatakan kecaman sehingga menyebabkan kemarahan beberapa pengendali akaun media sosial terbabit.
Situasi itu menjadikan hashtag #IsraelKoyak kini menjadi trending nombor satu di Twitter.
Rata-rata rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama mendesak supaya Israel menghentikan tindakan kejam selain berharap penduduk di seluruh dunia tidak menutup mata atau berdiam diri terhadap kezaliman tersebut.
Di samping itu, mereka turut memulangkan persoalan sama terhadap rejim Zionis khususnya dalam serangan di Masjid Al-Aqsa.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan untuk satu jangka masa.
Sudah pasti ia akan memanjangkan penderitaan yang dirasai rakyat Palestin menjelang Syawal ini.
#Israel
#Palestin
#koyak
#Israel Defence Forces
#israel koyak
#serangan
#Gaza
#Tebing Barat
#Masjid Al-Aqsa