Tanam semula pelihara alam sekitar

Astro Awani
April 7, 2013 16:37 MYT
Nestle Malaysia meneruskan usaha pemeliharaan alam sekitar melalui aktiviti penanaman 100 batang pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Program itu melibatkan 50 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Nestle yang menanam beberapa spesies pokok.
100 batang pokok yang ditanam terdiri daripada tiga spesies iaitu Cengal, Merbau dan Belian. Ketiga-tiga spesies pokok ini termasuk jenis ‘heavy-hardwood’ yang boleh membantu dengan pengayaan hutan hujan di FRIM.
Menurut pengarah urusan Nestle Malaysia, Alois Hofbauer, aktiviti tersebut merupakan kesinambungan kepada projek yang dilakukan di kinabatangan Sabah tahun lalu bersempena Hari Bumi.
Melalui projek tersebut, 100,000 pokok telah ditanam.
Projek relief Nestle adalah inisiatif perhutanan semula bermatlamat membantu mengekalkan ekosistem dengan mewujudkan lanskap simbiotik antara alam sekitar dan manusia.
#FRIM #Nestle Malaysia
;