Tanah runtuh Tanjung Bungah: Dua lagi mayat ditemui

Hilal Azmi
Oktober 21, 2017 07:36 MYT
Anggota Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat awal pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, mayat dikesan ketika pemantauan dibuat di permukaan runtuhan tanah di lokasi kejadian.
Mangsa warga Indonesia itu dikeluarkan pada 11:30 malam Sabtu dan 2:30 pagi Ahad dan dikenali sebagai Hosrin dan Erwin.
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Sehingga jam 3.30 pagi, pasukan penyelamat yang terdiri daripada pasukan khas bomba STORM, SMART dan unit anjing pengesan (K9) meneruskan pencarian untuk baki sembilan mangsa tertimbus.
BACA: Tanah runtuh: 3 maut, 11 yang lain dikhuatiri tertimbus
BACA: Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa yang kita tahu setakat ini?
BACA: Tanah runtuh: PM Najib zahir rasa sedih, harap misi SAR berjalan lancar
BACA: Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerja-kerja mencari dan menyelamat ditangguhkan
Mereka terdiri daripada lapan warga asing dan seorang rakyat tempatan.
Setakat ini, lima mangsa telah ditemui dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) akan bersambung semula jam 8 pagi Ahad.
#Indonesia #Lengkok Lembah Permai #mangsa #mayat #Saadon Moktar #tanah runtuh #Tanjung Bungah
;