Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa yang kita tahu setakat ini?

Astro Awani
Oktober 21, 2017 16:14 MYT
Kejadian mencetuskan persoalan mengenai punca tanah runtuh berkenaan yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
KEJADIAN tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah berlaku ketika cuaca cerah sejak semalam.
Ia mencetuskan persoalan mengenai punca tanah runtuh berkenaan yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa.
Berikut adalah beberapa fakta yang kita tahu setakat ini:
  1. Tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan projek swasta yang sedang membangunkan bangunan kediaman mampu milik setinggi 50 tingkat.
  • Lokasi kejadian berdekatan dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR).
  • Sejumlah 14 pekerja terdiri daripada 13 buruh warga asing dan seorang warga tempatan tertimbus dalam kecerunan tanah dianggarkan 35 meter.
  • Dilaporkan 13 pekerja asing ini terdiri daripada warga Bangladesh, Rohingya, Myanmar dan Indonesia.
  • Tiga daripada 14 pekerja telah disahkan maut (setakat pukul 3.50 petang Sabtu).
  • Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti punca kejadian
  • Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Maimunah Mohd Sharif diarah pantau semua tapak projek pembinaan di Pulau Pinang
  • Operasi SAR 11 mangsa yang masih tertimbus ditangguhkan sementara kira-kira jam 7 malam tadi, dan bakal disambung semula jam 8 pagi esok (Ahad)
  • BACA: Tanah runtuh: Pekerja projek dikhuatiri tertimbus
    BACA: Perkembangan Tanah Runtuh: PC Lim Guan Eng
    BACA: Tanah runtuh: 3 maut, 11 yang lain dikhuatiri tertimbus
    #Bangladesh #Indonesia #kediaman mampu milik #kerajaan #Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman #Kontraktor #lembah permai #Lim Guan Eng #maimunah mohd sharif #maut #Myanmar #pekerja asing #perumahan #pulau pinang #swasta #tanah runtuh #Tanjung Bungah #TAR #warga asing
    ;