Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu MPV ditemui, 2 korban sehingga kini

Amirrul Rabbani
Disember 2, 2021 22:55 MYT
Setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat dalam kejadian itu iaitu sebuah lori dan sebuah MPV. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Mayat pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire yang turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat sini berjaya dibawa keluar.
Mangsa lelaki yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor itu berjaya dibawa keluar kira-kira jam 9.55 malam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.
Katanya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju ke Pulau Pinang.
BACA: Tanah runtuh Simpang Pulai: Mayat pemandu lori ditemui, korban lebih daripada seorang
AWANI Ringkas: Tanah runtuh di Cameron Highlands, kenderaan tertimbus
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Setakat ini hanya dua kenderaan disahkan terlibat dalam kejadian itu iaitu sebuah lori dan sebuah MPV.
Mayat pemandu lori terbabit ditemui jam 8 malam tadi, bagaimanapun usaha mengeluarkannya masih dijalankan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sehingga kini.
#tanah runtuh Simpang Pulai #Cameron Highlands #tanah runtuh #MPV
;