Tanah runtuh Serendah: Laporan siasatan siap dalam masa 3 hari

Astro Awani
November 26, 2016 22:55 MYT
SUPRAMANIAM: Kejadian ini berlaku kerana ada pergerakan air bawah tanah. Jika isi padu air yang mengalir banyak, maka ada kita akan nampak pergerakan tanah. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
HULU SELANGOR: Laporan siasatan punca tanah runtuh di Jalan Melati, Taman Idaman, Serendah akan dilengkapkan dalam tempoh tiga hari.
Ketua Polis Hulu Selangor, Supt Supramaniam Ramasamy berkata pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan masih ada pergerakan air di bawah tanah susulan kejadian tersebut.
"Kejadian ini berlaku kerana ada pergerakan air bawah tanah. Jika isi padu air yang mengalir banyak, maka ada kita akan nampak pergerakan tanah.
"Di bahagian permukaan masih terkawal, namun JKR masih melakukan siasatan dalaman mengenai insiden tanah runtuh di sini," tambah beliau dalam satu sidang media Pengurusan Operasi Tanah Runtuh di Serendah, di sini, hari ini.
BACA: Tanah runtuh Serendah: 340 penduduk diarah pindah
BACA: Taman Idaman, Serendah diisytihar zon merah - polis
Beliau yang juga komander operasi berkata Jalan Melati akan dibaik pulih dan siap diturap dalam tempoh tujuh sehingga 10 hari.
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Idaman, Serendah, di sini pada jam 1 pagi Sabtu.
Berikutan itu, kawasan sepanjang 600 meter radius di tempat kejadian tanah runtuh diisytiharkan sebagai zon merah.
#jalan melati #taman idaman #JKR #Jabatan Kerja Raya
;