Tanah Runtuh Serendah: Laporan hanya diketahui minggu depan

Bernama
Disember 1, 2016 10:47 MYT
Keputusan itu akan diketahui selepas pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains selesai menjalankan siasatan dan mengeluarkan laporan lengkap kepada Jabatan Kerja Raya (JKR). - Gambar fail
Keputusan sama ada kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah selamat diduduki semula atau tidak hanya akan diketahui minggu depan.
Pegawai Daerah Hulu Selangor Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata keputusan itu akan diketahui selepas pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains selesai menjalankan siasatan dan mengeluarkan laporan lengkap kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
BACA: Tanah runtuh Serendah: Kerja pembaikan jalan diambil alih JKR - Azmin Ali
JKR memerlukan laporan komprehensif seperti kajian pergerakan tanah, kerintangan, aliran air bawah tanah dan struktur forensik sebelum membenarkan mangsa pulang ke rumah masing-masing, katanya kepada pemberita di Balai Raya Kampung Dato Harun, Serendah di sini hari ini.
BACA: Tanah runtuh Serendah: Laporan siasatan siap dalam masa 3 hari
Mohd Fauzi berkata setakat ini, kerja-kerja pembaikan sementara seperti penanaman cerucuk 'Sheet Pile', pemasangan tembok Gabion, penambakan pasir dan menghampar tanah telah siap sepenuhnya tetapi pembaikan kekal belum dimulakan lagi. - BERNAMA
#Jabatan Kerja Raya #mohd fauzi mohd yatim #taman idaman #tanah runtuh